Tinggal Solat Jumaat Tanpa Uzur Syarie? Kedah Tegas Laksana Undang-Undang

LocalPolitics
16 Apr 2026 • 4:43 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelaksanaan undang-undang syariah terhadap individu yang meninggalkan solat Jumaat di Kedah bukan bertujuan menghukum semata-mata, sebaliknya sebagai usaha mendidik serta meningkatkan kesedaran umat Islam mengenai kepentingan ibadah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan negeri, Datuk Mohd. Azam Abd. Samat berkata, mana-mana individu Islam yang gagal menunaikan solat Jumaat tanpa uzur syarie boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014.

Image from: Tinggal Solat Jumaat Tanpa Uzur Syarie? Kedah Tegas Laksana Undang-Undang

Katanya, peruntukan itu menetapkan bahawa lelaki beragama Islam yang meninggalkan solat Jumaat, khususnya secara berulang seperti tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang dibenarkan syarak, boleh dikenakan denda, penjara atau kedua-duanya sekali.

“Pendekatan penguatkuasaan yang diambil lazimnya memberi tumpuan kepada kes berulang, selaras dengan usaha mendidik dan membimbing masyarakat agar mematuhi tuntutan agama,” katanya pada sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN ke-15, hari ini.

Image from: Tinggal Solat Jumaat Tanpa Uzur Syarie? Kedah Tegas Laksana Undang-Undang

Artikel lain:  Perak Capai Sifar Miskin Tegar, 732 Ketua Isi Rumah Berjaya Ubah Nasib!

Menurut beliau lagi, Seksyen 13 enakmen berkenaan memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah (JHEINK) bertanggungjawab memantau serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap kesalahan berkenaan,” katanya.

Sumber: FB Urus Setia Penerangan Darul Aman – UPDA

The post Tinggal Solat Jumaat Tanpa Uzur Syarie? Kedah Tegas Laksana Undang-Undang appeared first on Borak Daily.

View Original Article