Tinggalkan Gerai, Peniaga Minta Pelanggan Timbang Buah & Buat Bayaran Sendiri Kerana Pergi Solat Raih Pujian [Video]

LocalOpinion
19 Nov 2024 • 11:54 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Jika sudah namanya peniaga, pasti perlu sentiasa berada di premis atau gerai jualan menanti pelanggan.

Namun, ada di antara individu ini yang terpaksa menutup perniagaan mereka buat sementara waktu jika mahu melakukan perkara lain seperti solat atau ke tandas.

Lazimnya, mereka akan menutup terus atau meletakkan nota bagi memaklumkan kepada pelanggan mengenai ketiadaan mereka itu hingga pelanggan terpaksa menunggu buat seketika.

Peniaga Minta Pelanggan Timbang & Buat Pembayaran Sendiri

Lain pula dengan seorang peniaga buah ini yang percaya dengan pelanggan 100% hingga sanggup meninggalkan gerainya untuk solat.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @pencucitoilet, kelihatan sekeping nota ditinggalkan oleh peniaga itu buat pelanggan di gerai buah mangga jualannya.

Apa yang menjadi perhatian adalah sikap percaya peniaga itu terhadap orang lain yang sukar untuk ditemui pada mana-mana peniaga.

Melalui nota tersebut, dia meminta pelanggan yang akan membuat pembelian buah mangga itu menimbang sendiri dan meletakkan wang di tempat yang dimintanya.

“Saya balik solat. Sila layan diri. Ambil plastik, pilih dan timbang. Empat kilogram (kg) RM20.

“Terlebih sikit pun tak pe. Allah Maha Mengetahui. Duit letak bawah timbang pun boleh atau tindih bawah buah. Terima kasih semua ahli syurga” tulisnya di nota tersebut.

Pelanggan Jujur, Ikut Arahan Peniaga

Melalui perkongsian yang sama, sebaik sahaja peniaga berkenaan melihat di bawah penimbang, terdapat wang tunai yang dipercayai berjumlah anggaran RM21 diletakkan di situ.

“Terima kasih hamba Allah, kita semua umatNya,” tulis peniaga itu lagi.

Malah, melalui perkongsian video yang lain, turut terdapat wang berjumlah RM20 diletakkan di bawah penimbang tersebut sebaik sahaja peniaga berkenaan pulang dari solat Asar.

Difahamkan, gerai buah mangga tersebut terletak di hadapan Stesen Minyak Petronas, Taman UPC, Ayer Hitam, Johor.

Ramai Kagum Kepercayaan Peniaga Kepada Pelanggan

Video yang telah mendapat lebih 275,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Majoriti mereka meluahkan rasa kagum dengan kepercayaan peniaga berkenaan terhadap pelanggan dan rezeki kurniaan Maha Esa.

Malah, ada yang berpendapat bukan peniaga itu yang sedang diuji, sebaliknya pelanggan itu sendiri.

Disebabkan sikap terpuji yang ditunjukkan peniaga buah mangga itu, ramai yang menyuarakan hasrat mahu berkunjung ke gerai buah jualannya itu.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Hebat Peniaga Ini, Semoga Sentiasa Murah Rezeki”

image is not available

“Dia Bergantung Hanya Pada Allah, Dia Percaya Rezeki Dia Allah Jaga & Bagi, Terbaik”

image is not available

“Benda Macam Ini Kena Bagitahu Nama Tempat & Gerai, Dia Memuliakan Tauhid Allah, Kita Bantu Sekadar Mampu”

image is not available

“Orang Meniaga Macam Ni, Dia Tahu Rezeki Allah Yang Bagi, Dia Berserah”

image is not available

“Dekat Mana Gerai Hamba Allah Ni, Saya Nak Support”

image is not available

Source: