Tinggalkan rumah semasa Raya? Laporkan pada polis di aplikasi VSP untuk dipantau selalu

17 Apr 2023 • 7:27 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Ada rancang untuk pulang lama ke kampung semasa Raya Aidilfitri nanti? Jika ya, pastikan rumah anda selamat dengan mebuat laporan balik kampung di aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) supaya polis dapat buat rondaan di rumah anda dari semasa ke semasa.

Aplikasi VSP merupakan satu inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM), dalam mewujudkan kolaborasi serta kerjasama strategik mencegah jenayah, bersama masyarakat tempatan sebagai mata dan telinga pihak polis. Melalui VSP, anda boleh salurkan aduan atau maklumat jenayah yang dilengkapi dengan gambar, video atau koordinat GPS lokasi kejadian.

Selain itu, anda juga boleh buat laporan balik kampung menerusi VSP. Dengan memaklumkan anda pulang ke kampung, pihak polis dapat buat pemantauan di rumah anda semasa anda tiada di sana.

Sebelum kejadian seperti rompakan dirumah berlaku, pastikan anda ambil langkah berjaga-jaga dengan laporkan ketiadaan anda di aplikasi VSP. Muat turun aplikasi ini sekarang di App Store dan Play Store.