“Tinggi Dari Saya..” – Berusia 13 Tahun Kini, Ibu Kongsi Perkembangan Terkini Lee Haru

26 Aug 2023 • 4:07 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Siapa yang pernah menonton “The Return of Superman” pastinya akan kenal dengan Lee Ha-ru, iaitu anak kepada rapper Tablo.

Baru-baru ini, Kang Hye-jung iaitu ibu kepada Lee Ha-ru telah tampil dalam sebuah program radio, di mana dia ada berkongsi perkembangan terkini tentang anak sulungnya itu.

Pada awalnya, dia berkongsi,

Dia sudah berusia 13 tahun dan lebih tinggi daripada saya. Tetapi wajahnya sama jadi orang sering mengenalinya.

image is not available

Kemudian, Kang Hye-jung turut memberitahu bahawa Ha-ru mempunyai minat yang mendalam untuk bermain bola tampar dan ada semangat kesukanan yang kuat.

Cepat sangat masa berlalu, dah besar dah Lee Ha-ru!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.