Tingkah laku pengguna berubah, industri runcit perlu lebih tangkas – SIDEC

LocalBusiness & Finance
12 Sep 2026 • 5:59 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Tingkah laku pengguna berubah, industri runcit perlu lebih tangkas – SIDEC

SHAH ALAM, 12 SEPT: Perubahan cara pengguna Malaysia menemui, memilih dan membeli produk menuntut pemain industri runcit lebih tangkas menyesuaikan pendekatan dengan landskap perniagaan yang semakin berkembang.

Perkara itu menjadi antara tumpuan Retail Summit Asia 2026 menerusi sesi panel bertajuk What’s Next: Proactive Play in an Uncertain Market yang dikendalikan Ketua Syarikat Pemula Niaga dan Pendigitalan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC), Salman Ahmad.

Sesi berkenaan turut menampilkan barisan panel terdiri daripada Ketua Perniagaan Digital dan Pemasaran, Perbankan Perusahaan Kumpulan Affin Bank Berhad, Boon Kim San serta wakil Vanilla Crepe, Cecilia Mary Lee.

Perbincangan itu turut menyentuh perkembangan yang mempengaruhi perjalanan pengguna daripada mengenali sesuatu produk sehingga membuat keputusan pembelian dalam landskap peruncitan yang semakin berkembang.

Antara contoh yang diketengahkan ialah perjalanan pertumbuhan Claire Organics serta Bayu Somerset yang berkembang daripada jenama fesyen dalam talian kepada 18 cawangan fizikal.

Image from: Tingkah laku pengguna berubah, industri runcit perlu lebih tangkas – SIDEC
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, Ng Sze Han bergambar bersama peserta Retail Summit Asia 2026 anjuran EasyStore di Menara AFFIN, Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur pada 10 September 2026. Foto EasyStore

Retail Summit Asia 2026 turut menghimpunkan pengasas perniagaan runcit dan pemimpin industri bagi berkongsi pandangan serta pengalaman sebenar mengenai perkembangan sektor berkenaan.

Terdahulu, sidang berkenaan dirasmikan EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, Ng Sze Han di Menara AFFIN, Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur, kelmarin.

Menurut SIDEC, platform seperti itu mencerminkan komitmennya menghubungkan ekosistem syarikat pemula niaga Selangor dengan perbincangan lebih luas yang membentuk masa depan industri peruncitan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved