
Tiada kecederaan nyawa yang dilaporkan
Tingkat Tiga Kedai Jual Kertas Sembahyang Di Jalan Tun Jugah Musnah Terbakar. Dilaporkan bahawa, tingkat tiga sebuah kedai menjual peralatan sembahyang musnah dalam kebakaran di Jalan Tun Jugah di Kuching pada hari ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.49 pagi.

Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan Batu Lintang
Oleh itu, beliau berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan Batu Lintang digerakkan ke lokasi kejadian dan berjaya mengawal kebakaran.
Dalam masa yang sama, menurut pemilik kedai terbabit, tingkat tiga premis berkenaan hanya terdiri daripada rak dan barangan lain yang disimpan di tingkat tersebut.
Ketika kejadian, terdapat lima pekerja di dalam premis tersebut dan kesemuanya berjaya menyelamatkan diri, tambah beliau lagi.

Berjaya mengawal api daripada merebak
Bomba yang melakukan operasi memadam kebakaran berjaya mengawal api daripada merebak ke tingkat dua dan satu premis berkenaan.
Setelah api berjaya dipadamkan sepenuhnya, bomba melakukan pemeriksaan untuk memastikan api tidak kembali menyala.
Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Turut hadir di tempat kejadian ialah Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng.
