Jualan iPod dihentikan pada tahun 2022 dengan ia dinobatkan sebagai perkakasan yang mengubah nasib Apple. Tanpa iPod tidak akan wujud iPad, dan iPhone serta besar kemungkinan Apple tidak akan menjadi syarikat dengan nilai pasaran $3 trilion. Bagi yang tidak sempat membeli iPod, kini tinyPod telah dihasilkan dengan kerangka ini mengubah Apple Watch menjadi pemain muzik mudah alih.

Rekaan tinyPod adalah mirip iPod dengan ia mempunyai butang berbentuk roda di bahagian hadapan. Pemilik boleh menggunakan tinyPod sebagai ganti untuk sebuah iPhone tetapi dalam saiz yang jauh lebih kecil berbanding iPhone SE.
Pengeluar tinyPod menawarkan dua versi. Satu dengan kerangka tubuh keras dan satu lagi kerangka lembut daripada bahan silikon. Tiga saiz juga ditawarkan untuk Apple Watch 41/40mm, 45/44mm dan Ultra 49mm. Bagi yang berminat harga jualan tinyPod bermula daripada $29.99 sebuah dalam warna putih sahaja.

![Baru Umur Setahun Dah Pandai Makan Musang King, Keletah Anak Kacukan Asia-Eropah Makan Durian Jadi Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)

