Tip sotong kekal pejal & tak berair, sebelum masak kena ramas dengan garam sampai berbuih

Cooking
29 Sep 2023 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Tip sotong kekal pejal & tak berair, sebelum masak kena ramas dengan garam sampai berbuih

MUNGKIN ada antara kita yang biasa mempraktikkan cara merebus sotong sebelum memasak apa jenis resipi pun.

Itu bagi memastikan isinya kekal pejal dan tidak berair bila dimasukkan ke kuali.

Rupa-rupanya ada cara lain yang lebih mudah tanpa perlu rebus. Hanya guna garam sahaja. Menarik bunyinya, kan!

Petua ringkas itu SinarPlus peroleh melalui perkongsian Noris Nora dalam page Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Malah beliau terlebih dahulu mencuba dan mempraktikkan tip yang diperoleh selepas menonton satu dokumentari di kaca TV. Ternyata ia menjadi.

“Sekadar perkongsian, cara saya cuci sotong. Dahulu saya pernah tengok dokumentari nelayan Korea. Mereka mencuci sotong kurita dengan cara tersebut.

“Lalu saya mencuba dan hasilnya sotong menjadi pejal dan tidak berair apabila dimasak. Justeru, tidak perlu lagi rebus sebelum nak masak. Mungkin sahabat-sahabat MAHN boleh cuba untuk memudahkan cara nak masak sotong,” ujar beliau menerusi kapsyennya.

 

CUCI GUNA GARAM

Berikut cara mencuci sotong menggunakan garam:

1. Potong sotong ikut saiz yang dikehendaki.

image is not available

2. Taburkan garam kasar dalam satu atau dua sudu ke dalam bekas berisi sotong (boleh juga guna garam halus tapi lebih baik garam kasar).

image is not available
3. Gaul dan ramas sotong bersama garam kasar.
4. Ramas sehingga keluar buih seperti sabun dalam tempoh lima minit atau sampai rasa sotong sudah pejal.

image is not availableimage is not available
5. Setelah semua buih keluar dan sotong rasa pejal, basuh bersih sehingga hilang air buih air garam tersebut. Insya-ALLAH sotong tak masin jika basuh bersih.

image is not availableimage is not available
6. Kemudian, toskan sotong dan boleh masak seperti biasa. Insya-ALLAH sotong tidak akan keluar banyak air dan isinya lebih pejal walaupun setelah dimasak.

image is not available

Menarik juga petua yang dikongsikan, tidak perlu nak merebus sotong terlebih dahulu.

Semoga bermanfaat buat anda yang ingin cuba tip tersebut.

image is not available

Jika ada cara lain memasak sotong, boleh kongsikan komen anda.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang