Tips Memilih Tinted Kereta Mengikut Spec JPJ: Syarat, Saman & Jenis Tinted

LocalCars
13 Nov 2024 • 1:53 PM MYT
Carlist.my Auto News
Carlist.my Auto News

View the latest car news, reviews, videos, and guides for all Malaysians.

 

Anda ingin tahu mengenai tinted kereta yang diluluskan JPJ? Pilih tinted kereta yang sesuai supaya perjalanan anda lebih selamat dan terjamin.


Cermin gelap atau tinted kereta memang menarik perhatian banyak pemilik kereta di Malaysia. Selain memberikan privasi, tint kereta juga dapat melindungi interior kereta daripada sinaran UV yang berbahaya. Oleh itu, pentingnya untuk mengetahui peraturan kegelapan cermin kereta yang diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan supaya  tidak melanggar sebarang undang-undang.

Spec Tinted JPJ

Berdasarkan peraturan JPJ, terdapat beberapa ciri-ciri yang perlu dipenuhi oleh cermin gelap supaya tidak melanggar peraturan. Ciri-ciri tersebut adalah:

  • Visible Light Transmission (VLT): VLT adalah jumlah cahaya yang boleh menembusi cermin kereta. Semakin gelap tinted kereta, semakin rendah VLT. Had tint kereta JPJ adalah seperti berikut:

Bahagian Cermin

Syarat-syarat

Cermin Hadapan

Lebih dari 70%

Cermin Sisi Hadapan

Lebih dari 50%

Cermin Sisi Belakang

Tiada Had

Cermin Belakang

Tiada Had

Walaupun cermin sisi belakang tiada had, perlu di ambil perhatian bahawa kegelapan cermin mestilah tidak terlalu gelap supaya lampu brek masih mampu dilihat dengan jelas dan mematuhi tinted spec JPJ.

Jenis Tinted Kereta di Malaysia

Terdapat beberapa jenis tinted kereta yang memberikan efek dan nilai VLT yang berlainan. Berikut merupakan beberapa jenis tinted kereta yang terbaik di Malaysia: 

  • Tinted Celup (Dyed Window Tint Film) - Kemampuan menghalang sinaran matahari yang terhad tetapi lebih murah.

  • Tinted Hibrid (Hybrid  Window Tint Film) - Mampu memberikan perlindungan UV dan menolak haba tetapi lebih mahal.

  • Tinted Seramik (Ceramic Window Tint Film) - Memberikan perlindungan UV dan menolak haba dengan sangat baik tetapi antara tinted yang termahal.

Kesan Tinted Terhadap Keselamatan Pemandu

Tinted kereta juga akan memberi kesan kepada pemandu. Antara kesannya adalah:

  • Penglihatan Terhad: Tinted kereta yang terlampau gelap boleh mengurangkan jarak pemandangan pemandu terutama pada waktu malam.

  • Kesukaran Memandu: Apabila dalam keadaan cahaya yang rendah atau cuaca yang buruk, tinted yang gelap menyukarkan pemandu untuk melihat dengan jelas.

Tips Memilih Tinted Kereta

Bagi keselesaan, pemilihan tinted kereta sangatlah penting bagi pemandu kereta. Di sini perkara yang perlu dititikberatkan semasa pemilihan tinted kereta:

  • Pusat Tinted Yang Berlesen: Pastikan anda memilih dan memasang tinted di pusat yang berlesen supaya kualiti tinted ada terjamin.

  • Memilih Tinted Yang Sesuai: Minta pusat tinted supaya menunjukkan filem tinted yang tersedia supaya dapat memilih jenis tinted yang diingini.

  • Pertimbangkan Keselamatan: Jangan memilih tinted yang terlalu gelap supaya dapat mengelakkan masalah penglihatan semasa memandu.

  • Patuhi Peraturan JPJ: Pastikan tinted kereta yang dipilih mematuhi syarat supaya dapat mengelakkan dari disaman.

Jika anda tahu, harga saman tinted jpj (2024) adalah bermula sebanyak RM 100. Daripada anda disaman, lebih baik anda memilih tinted kereta yang bersesuaian dan mematuhi syarat JPJ supaya perjalanan anda lebih lancar dan selamat.

 

Anda ingin mencari kereta baru, terpakai atau recon yang murah? Sila layari Carlist.my bagi mencari kereta yang anda inginkan.

View Original Article