Tips Nak Buat Daun Bawang Beku Jadi Berderai, Senang Nak Guna Semula

Cooking
24 May 2023 • 11:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Tips Nak Buat Daun Bawang Beku Jadi Berderai, Senang Nak Guna Semula

Daun bawang ataupun nama saintifiknya Allium fistulosum merupakan antara sayuran yang sering digunakan sebagai hiasan dalam masakan.

Mengapa sayuran ini sering dijadikan sebagai hiasan dalam masakan? Sayuran ini tidak memerlukan cara potongan yang kompleks serta rasanya tidak menganggu rasa juadah anda.

Akan tetapi, biasanya kita akan menggunakan sedikit sahaja sayuran ini sahaja dan selebihnya mungkin akan disimpan di dalam peti sejuk.

Namun, jika seseorang tidak mengetahui cara penyimpanan daun bawang yang betul, sayuran ini akan menjadi layu, lembik dan seterusnya meninggalkan bau yang kurang enak di dalam peti sejuk.

Oleh sebab itu, kebanyakan tukang masak mahupun suri rumah akan menyimpan sayuran ini pada bahagian peti sejuk beku untuk lebih tahan lama.

Walau bagaimanapun, masalah baru mula muncul apabila daun bawang yang disimpan terus di bahagian sejuk beku akan membeku dan sukar digunakan semula.

Selain daun bawang sendiri yang mengandungi air, daun bawang biasanya juga akan dibasuh sebelum digunakan. Jadi, jika disimpan terus, air ini akan membeku dan daun bawang bertukar menjadi seakan ais pula.

image is not available
Kredit: TikTok

Stressnya, nak pakai sikit sahaja. Habis kena tuang semua

Perkara ini sudah semestinya memuatkan siapa sahaja menjadi stress di dapur. Jumlah yang hendak ditabur sedikit sahaja. Melekat punya pasal, habis satu bekas sayuran terpaksa dituangkan ke dalam juadah.

Mungkin kita sudah lama menghadapi masalah ini, siapa sangka bahawa ini mungkin kali terakhir anda berhadapan dengan masalah tersebut?

Menurut seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai NJ (@nj_share), dia berkongsi helah bagaimana untuk memastikan daun bawang yang dipotong tadi tidak berubah menjadi satu ketulan ais selepas disimpan dalam bahagian sejuk beku.

Tips nak buat daun bawang beku jadi berderai

Pertama sekali, bersihkan daun bawang seperti biasa. Potongkan daun bawag mengikut saiz potongan pilihan anda.

image is not available
Kredit: TikTok

Seterusnya, masukkan potongan-potongan daun bawang tadi ke adalam bekas. Pada awalnya, langkah-langkah ini agak mirip dengan cara anda menyimpan sayuran potong di rumah.

Akan tetapi, langkah seterusnya dianggap sebagai satu game changer dalam teknik penyimpanan sayur di rumah.

Sebelum memasukkan bekas tersebut ke dalam bahagian sejuk beku, letakkan sedikit minyak masak ke dalam bekas yang berisi daun bawang tadi.

image is not available
Kredit: TikTok

Ratakan minyak masak tersebut pada permukaan daun bawang, sama ada dengan menggaul atau mengoncangkan bekas tersebut.

Selepas minyak masak tersebut menyelaputi permukaan daun bawang, simpan bekas itu ke dalam bahagian sejuk beku.

Apabila anda ingin menggambil sayuran itu semula, potongan daun bawang itu akan jatuh berderai dengan cantik dan tidak membentuk ketulan ais.

image is not available
Kredit: TikTok

Tipa ini boleh dilakukan terhadap beberapa sayuran lain seperti kacang panjang, bawang, daunketumbar dan sebagainya.

Dalam video TikTok yang sama, beliau menunjukkan hasil perbezaan ketara antara kaedah ini dengan kaedah penyimpanan biasa.

Semoga daun bawang frozen anda tidak lagi membeku seperti ketulan ais besar dan akan berderai dengan cantik selepas ini.

Sumber: @nj_share via TikTok