Tipu Isteri Along Cham RM95,180, Pasangan Suami Isteri Ditangkap Polis

LocalEntertainment
30 Jan 2025 • 2:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
along cham

Sebelum ini, isteri Along Cham iaitu Afreena Suhaimi telah membuat laporan polis selepas mendakwa ditipu seorang wanita bernama Ika. Terkini, pihak polis telah berjaya menahan pasangan suami isteri itu.

Suami isteri ditahan pihak polis malam tadi berhubung kes penipuan membabitkan wang berjumlah RM95,180 yang sepatutnya digunakan untuk membebaskn Along Cham.

Perintah reman sudahpun dipohon…

image is not available

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pasangan berusia lingkungan 20-an itu ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, sekitar jam 10 malam.

Isteri kepada pelawak itu antara tiga individu yang sudah dirakam keterangan setakat ini.- Katanya ketika dihubungi media.

Pihak polis kini sedang memohon perintah reman ke atas mereka di Mahkamah Kajang bagi membantu siasatan lanjut.

Along Cham dakwa isteri menipu…

image is not available

Terdahulu, Along Cham atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, turut membuat dakwaan bahawa isterinya telah menyeleweng dana sumbangan yang diterima untuk membebaskannya.

Pelawak itu mendakwa hampir RM100,000 telah disalurkan oleh pelbagai pihak, termasuk selebriti Aaron Aziz, untuk membantu proses pembebasannya, namun wang tersebut dipercayai tidak digunakan seperti yang sepatutnya.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


The post

appeared first on

.