Tipu pakej umrah: PDRM terima lebih 100 laporan sejak Januari

23 May 2023 • 5:15 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima 105 laporan di seluruh negara sejak Januari tahun ini berhubung penipuan pakej umrah yang ditawarkan oleh sebuah syarikat.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata sehingga kini, polis sudah membuka enam kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Hasil siasatan mendapati syarikat berkenaan mempunyai lesen perniagaan yang sah. Jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM3,932,440.68,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini, media melaporkan syarikat umrah berkenaan sedang mengemas kini jadual umrah dan membuat pembayaran balik kepada bakal jemaah yang terjejas penerbangan mereka. -Bernama