Tipu tawaran kerja sambilan, tujuh ditahan

LocalPolitics
15 Mar 2025 • 7:54 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Polis Selangor menahan tujuh warga tempatan termasuk dua wanita dipercayai terlibat sindiket penipuan dalam talian menawarkan kerja sambilan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dalam kenyataan berkata tangkapan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil itu dibantu pakar analisis media sosial.

Beliau berkata pihaknya turut merampas tujuh komputer riba, 12 telefon bimbit, sebuah router dan satu rangkai kunci berserta kad akses rumah.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai bekerja sebagai operator pusat panggilan di peringkat kedua iaitu meminta mangsa membuat beberapa tugasan mendapatkan pulangan sebanyak 20 peratus.

“Tugasan diberi dalam pautan Lumiereessemcebeautyskincare pro melalui aplikasi Telegram yang menyasarkan mangsa warga Hong Kong,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan menawarkan pekerjaan tidak wujud.