Tipu Upah Badal Haji, Sindiket Disyaki Guna Muka Melayu Sebagai Bukti Di Makkah

28 Jun 2023 • 8:24 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sekumpulan lelaki didakwa menipu badal haji atau sindiket haji di Makkah

Tipu Upah Badal Haji, Sindiket Disyaki Guna Muka Melayu Sebagai Bukti Di Makkah. Sekumpulan lelaki didakwa menjalankan sindiket bayaran badal haji secara haram di Makkah dengan mengaut keuntungan daripada waris si mati.

Memetik laporan, perbuatan terkutuk itu terbongkar pada Rabu menerusi catatan Facebook yang memaparkan perbuatan kumpulan terbabit yang mengeksploitasi khidmat ‘pelakon’ sebagai bukti ibadah.

image is not available
Sumber: Tiktok

Memeberi upah kepada yang ‘menipu’ itu

Bahkan, dipercyaai menjadikan pemuda berwajah Melayu sebagai sasaran, si pelaku dipercayai memberikan upah antara RM60 sehingga RM120 bagi mereka yang dilantik untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.

Dalam pada itu, insiden tersebut dirakamkan dalam video berdurasi 51 saat dan hangat diperkatakan secara meluas di media sosial termausk di TikTok.

Sementara itu, helaian kertas yang digunakan sebagai bukti khusyuk ditemui bersepah di lokasi yang disangka dibuang oleh sindiket bertanggungjawab.

Nama-nama bersepah

Lebih teruk lagi, rata-rata dokumen mengandungi butir diri jemaah haji Malaysia kelihatan bersepah di sekitar kawasan berkenaan dipercayai dibuang oleh sindiket terbabit.

Manakala, seorang netizen mempersoalkan bahawa ibadah upah haji dilakukan oleh individu yang dianggap melanggar syarat sah badal Haji.

@wuqoof

Hati-hati memilih pakej badal haji. Inilah yang dirisaukan oleh para waris. Kredit: @kasyeefaz #badalhaji2023 #Wuqoof

♬ original sound – Wuqoof – Wuqoof

Untuk makluman, setakat ini masih tiada sebarang kenyataan polis dikeluarkan, dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi mengenai perkara tersebut.

Baca juga aritkel yang berkaitan:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved