“Tisu Bahu Koyak” – Abang Ardell Aryana Dedah Keadaan Terkini Adik, Foto Muka Lebam Tersebar

6 Oct 2025 • 11:27 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia ardell Lebam

Tiada siapa sangka, senyuman Ardell Aryana yang sering menguatkan semangat ramai sebenarnya menyembunyikan kesakitan yang dahsyat.

Terbaru, Ardell dilaporkan mengalami kecederaan termasuk tisu bahu koyak dan lebam dibadan selepas dilayani secara zalim oleh tentera zionis.

Badan lebam, bahu koyak

Perkembangan Ardell ini dikongsikan suaminya, Nadzmi Adhwa menerusi beberapa perkongsian di Thread.

image is not available

Selain itu, seorang pengguna Thread dikenali sebagai Iqa Zulkifly turut mengundang sebak ramai apabila mendedahkan keadaan Ardell yang kini menerima rawatan di hospital Istanbul.

image is not available

Difahamkan, keadaan aktivis GSF itu dikongsikan abang kepada Ardell, iaitu Ayib menerusi satu siaran langsung malam tadi.

Ardell dan aktivis Haikal Abdullah kini berada di sebuah hospital di Istanbul untuk rawatan lanjut selepas disahkan menjadi mangsa kekerasan rejim Zionis ketika ditahan dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Menurut peguam CENTHRA, Fahmi Abd Moin, mereka antara sukarelawan yang dibawa ke penjara Ketziot di padang pasir Negev selepas ditahan pihak berkuasa Israel.

Pssttt! Oh! Media mendoakan Ardell cepat sembuh dan terus kuat menghadapi dugaan ini. Semoga kezaliman ini membuka mata dunia terhadap penderitaan sebenar rakyat Palestin.

Kredit: Threads | Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.