Titah Addendum: Pemimpin politik mula tiba di Istana Kehakiman

LocalPolitics
6 Jan 2025 • 8:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Situasi di sekitar pekarangan Istana Kehakiman yang dikawal ketat oleh pihak polis susulan pendengaran rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pagi Isnin. FOTO SINAR HARIAN-AHMAD ISMADI ISMAIL

image is not available
Dr Muhamad Akmal Saleh dan Nik Abduh Nik tiba di kamar mahkamah bagi mengikuti sesi pendengaran permohonan rayuan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan Titah Addendum.

PUTRAJAYA - Beberapa pemimpin politik mula memasuki kamar mahkamah bagi mengikuti sesi pendengaran permohonan rayuan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan Titah Addendum.

Sekitar jam 8.30 pagi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim tiba disusuli bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

**media[2955277]**

Turut kelihatan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Najib pagi Isnin berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah.

Ia berdasarkan dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum menyokong permohonan tersebut.

Pendengaran yang pada asalnya dijadualkan pada 5 Disember tahun lalu akan dimulakan pada jam 9 pagi di hadapan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved