Titah Adendum: Kertas Siasatan Kenyataan KJ Didakwa Berunsur Fitnah Sedang Dilengkapkan

LocalPolitics
14 Jan 2025 • 5:54 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Susulan kes kenyataan berunsur fitnah berkaitan Titah Adendum, polis sedang giat melengkapkan kertas siasatan terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan, iaitu Khairy Jamaluddin.

Memetik laporan Berita Harian, difahamkan sebelum laporan polis dibuat, kenyataan berunsur fitnah berkenaan ditujukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Kes Titah Adendum, Kenyataan KJ Berunsur Fitnah

image is not available

Foto: Sinar Harian

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya menerusi Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) selesai mengambil keterangan daripada Khairy atau lebih mesra dipanggil KJ, semalam.

“Kertas siasatan akan disiapkan dalam masa tujuh hari sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya selepas Majlis Apresiasi Ketua Polis Negara Bersama Pegawai Polis yang Bersifat Mulia dan Budiman, hari ini.

Tambahnya lagi, polis turut menerima dua laporan dan siasatan dibuka di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

image is not available

Foto: Thread @diniefadil

Bukan itu sahaja, Setiausaha Politik kepada Azalina iaitu Datuk Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul, pada Jumaat lalu.

image is not available

Foto: Harapan Madani

Malah, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa iaitu Nor Azrina Surip turut membuat laporan.

image is not available

Foto: eCentral

Terdahulu, Khairy menerusi siaran podcast siar ‘Keluar Sekejap’ mendakwa terdapat krisis kepercayaan terhadap bekas partinya UMNO susulan isu Titah Adendum yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Khairy turut mendakwa Azalina bersubahat menyembunyikan dokumen tambahan yang membenarkan Najib menghabiskan hukuman pemenjaraannya dengan menjalani tahanan di rumah.

Sumber: Berita Harian (Safeek Affendy Razali)