Titah Adendum: Terbukti Wujud Dan Sahih, Kan Dah Kantoi – Ka Siong

LocalPolitics
7 Jan 2025 • 1:52 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyindir pihak yang sebelum ini mengkritik beliau mengenai isu kewujudan Titah Adendum yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

image is not available

Sindiran tersebut disampaikan menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi beliau pada Isnin.

“Kan saya dah kata kalau ada katalah ada, kalau tiada maka katalah tiada. Berterus-terang soalan simple (mudah), jawapan mudah.

“Sekarang terbukti ada, wujud dan sahih. Macam mana? Siapa pula perlu dipersalahkan?

image is not available

“Eh itulah dah cakap tapi tak mahu dengar. Kan dah kantoi. Malu apa, malu apa?” kata bekas Menteri Pengangkutan itu.

Semalam, Mahkamah Rayuan telah memberi kebenaran kepada Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman berkaitan pengesahan kewujudan Titah Adendum.

Keputusan ini dibuat oleh panel tiga hakim dengan majoriti 2-1, yang dipengerusikan oleh Datuk Azizah Nawawi bersama Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril.

Terdahulu, Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim telah mengkritik Ka Siong kerana mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Muhammad Kamil menjelaskan bahawa Istana Pahang memilih untuk menghormati sistem perundangan negara dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Anwar pada 10 Disember lalu memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau tidak dapat menjawab soalan tersebut atas alasan peraturan Parlimen dan ketiadaan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Ka Siong kemudiannya membantah alasan tersebut dengan menegaskan bahawa peraturan subjudis tidak lagi terpakai kerana sistem penghakiman juri telah dimansuhkan di Malaysia.

Sumber: Facebook Wee Ka Siong