Titikberatkan Kualiti Perkhidmatan, Kemudahan dan Kebersihan Hospital Kerajaan - Sultan Ibrahim

19 Feb 2023 • 6:23 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Dr Zaliha Mustafa di Istana Bukit Serene, di sini hari ini. - Gambar dari Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah supaya kerajaan persekutuan menitikberatkan kualiti perkhidmatan perubatan, kemudahan dan kebersihan hospital kerajaan di negeri itu.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan menerima menghadap Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa di Istana Bukit Serene, di sini hari ini.

Turut dibincangkan dalam pertemuan itu ialah penambahbaikan perkhidmatan perubatan di Johordengan cadangan pembinaan sebuah hospital baharu berkapasiti 1,500 katil secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI). 

Berangkat sama, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, menurut satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Johor, di sini hari ini.  

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Harjeet Singh Hardev Singh; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor  Khairin-Nisa Ismail; dan Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved