
Kota Kinabalu: Datuk OKK Titing bin Putang yang melepaskan jawatannya sebagai Ketua Penerangan Umno Kinabatangan kini menafikan ada mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu politik bahagian itu yang tular di media sosial.
Katanya, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang diterbitkan dalam akhbar ini pada Jumaat yang memetik beliau sebagai berkata “bahagian itu kekal utuh dan tidak terjejas” dengan pengunduran sebahagian ahlinya yang menyertai Gagasan Rakyat.
Akhbar ini pada Jumaat melaporkan bahawa ahli jawatankuasa Umno bahagian Kinabatangan Datuk Juhari Janan pada Khamis mengumumkan keputusannya untuk keluar parti dan menyatakan hasrat untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

