Titipan Aidilfitri pentadbir negeri, EXCO

22 Apr 2023 • 4:33 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Aidilfitri tahun ini disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan kemeriahan. Umat Islam tentunya mengambil peluang untuk pulang ke pangkuan keluarga dan merapat kembali ikatan persaudaraan.
Kegembiraan ini pastinya diraikan di seluruh negara, khususnya rakyat Selangor termasuk barisan kepemimpinan Kerajaan Negeri diketuai Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

 

“Sambutlah Aidilfitri dengan penuh kegembiraan, keinsafan dan kesyukuran. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin”

Dato’ Haris Kasim,
Setiausaha Kerajaan Negeri

image is not available
Dato’ Haris Kasim

 

“Aidilfitri adalah manifestasi kemenangan menempuh Ramadan yang mulia. Inilah kesempatan terbaik untuk
saling melupakan semua perselisihan”

Dato’ Salim Soib @ Hamid,
Penasihat Undang-undang Negeri

image is not available
Dato’ Salim Soib @ Hamid

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Amalkan kesederhanaan dan perbelanjaan secara berhemah. Maaf zahir
batin

Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin,
Pegawai Kewangan Negeri

 

“Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga sambutan raya kali ini membawa kegembiraan, kebahagiaan dan keberkatan”

Ng Suee Lim
Speaker Dewan Negeri Selangor

image is not available
Ng Suee Lim

 

“Perayaan Aidilfitri disambut seluruh umat Islam merupakan tanda kesyukuran. Semoga kita saling menginsafi Selamat Hari Raya Aidilfitri”

Rodziah Ismail
EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar, Pembangunan Usahawan

image is not available
Rodziah Ismail

 

“Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Semoga perayaan ini membawa keharmonian dan kesejahteraan”

Dato’ Teng Chang Khim
EXCO Industri dan Perdagangan

image is not available
Dato’ Teng Chang Khim

 

“Tangan dihulur maaf dipinta, erat hubungan sesama kita. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin”

Ganabatirau Veraman
EXCO Pembangunan Sosio-Ekonomi, Kebajikan Masyarakat dan Pemberdayaan Pekerja

image is not available
V Ganabatirau

 

“Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga perayaan kali ini disambut penuh kesyukuran. Sambutlah Syawal ini dengan penuh keinsafan dan kesederhanaan”

Ir Izham Hashim
EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani

 

image is not available
Ir Izham Hashim

 

“Khusus kepada pembaca Selangorkini dan rakyat Selangor, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mudah-mudahan raya kali ini memberi seribu makna kepada semua”

Ng Sze Han
EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru

image is not available
Ng Sze Han

 

“Moga Aidilfitri disambut penuh kesyukuran dan dapat kembali mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga dan kawan. Maaf zahir dan batin”

Dr Siti Mariah Mahmud
EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga

image is not available
Dr Siti Mariah Mahmud

 

“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada mereka yang beragama Islam khususnya kepada penduduk di DUN Kajang. Salam Aidilfitri”

Hee Loy Sian
EXCO Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli

image is not available
Hee Loy Sian

 

“Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam khususnya di Selangor. Tahun ini kita bertambah gembira kerana sekali lagi berpeluang menyambut hari lebaran bersama keluarga”

Mohd Khairuddin Othman
EXCO Modal Insan, Generasi Muda dan Sukan

image is not available
Mohd Khairuddin Othman

 

“Salam Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Marilah sama-sama kita menyambut ketibaan Syawal ini dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan”

Borhan Aman Shah
EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan

image is not available
Borhan Aman Shah

 

“Alhamdulillah, bulan madrasah penuh mulia melabuh tirainya. Semoga kita menjadi hamba lebih bertaqwa kepadaNya. Kesempatan ini moga saling bermaafan dan mengerat hubungan”

Mohd Zawawi Ahmad Mughni
EXCO Hal Ehwal Islam, Pengguna dan Industri Halal

image is not available
Mohd Zawawi Ahmad Mughni