Tiz Zaqyah Dedah Sikap Melodi, Dakwa Pernah Terjah Set Dan ‘Interview’ Artis Sampai Menangis

Entertainment
4 Aug 2025 • 1:36 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia tiz Zaqyah Melodi

Pelakon berbakat, Tiz Zaqyah, lantang bersuara di media sosial dan melabelkan program hiburan Melodi sebagai platform yang menyemai budaya buli secara terang-terangan.

Menerusi satu hantaran di Threads, Tiz meluahkan rasa kecewa terhadap apa yang disifatkannya sebagai tindakan yang menyakitkan hati artis berulang kali.

“Ini adalah buli”

image is not available

Tiz mendedahkan pengalaman peribadi sewaktu diserbu Melodi ketika sedang menjalani penggambaran.

Lebih mengejutkan, dia mendakwa salah seorang pelakon bersama mereka menangis selepas ditemu bual.

image is not available

Ruangan balas kepada kenyataan Tiz dipenuhi dengan reaksi bersetuju daripada netizen. Ramai netizen mengakui mereka pun dah lama hilang minat terhadap program tersebut, malah pelik kenapa rancangan itu masih bertahan sampai sekarang.

Momen janggal jadi perbualan

image is not available

Malam tadi, Bella Astillah dan Sophia Albarakbah berdepan suasana ‘janggal’ apabila mereka dipertemukan satu pentas.

Sophia sebelum ini pernah menjadi kontroversi kerana didakwa menjalinkan hubungan dengan pelakon, Aliff Aziz.

Pssttt! Kritikan daripada artis sendiri seperti Tiz Zaqyah menunjukkan betapa pentingnya sensitiviti dalam dunia hiburan. Dalam kejar ‘rating’, jangan sampai hilang rasa hormat dan empati.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.