Tiz Zaqyah Dedah Tak Makan Pisang Di Tempat Awam Kerana Sering Dikaitkan Dengan Perlakuan Lucah

Entertainment
24 May 2023 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ciapan Tiz Zaqyah mendapat respons daripada ramai pengguna Twitter rata-ratanya kaum wanita yang melalui pengalaman yang sama sepertinya - Gambar Fail

Pelakon terkenal, Tiz Zaqyah mendedahkan bahawa dia tidak berani untuk makan buah pisang di tempat awam kerana ada segelintir manusia yang suka mengaitkan hal itu dengan perlakuan lucah.

Perkara itu didedahkan oleh pelakon drama bersiri ‘Liar’ ini menerusi akaun Twitter rasminya selepas dia membalas ciapan seorang pengguna Twitter yang meluahkan perasaan tentang individu yang suka mengaitkan perbuatan lucah apabila perempuan memakan aiskrim.

image is not available
Tangkapan layar ciapan Tiz Zaqyah

“Sehingga kini saya tidak makan pisang di tempat awam kerana orang sebegini,” tulisnya dalam ciapan itu. 

Ciapan Tiz itu mendapat respons daripada ramai pengguna Twitter rata-ratanya kaum wanita yang melalui pengalaman yang sama sepertinya.

Ada juga yang memberikan tip cara-cara untuk makan pisang di tempat awam iaitu dengan mematahkan pisang itu terlebih dahulu sebelum makan. 

Semoga perkara sebegini tidak lagi dijadikan bahan gurauan oleh kaum lelaki apabila melihat kaum wanita memakan pisang atau aiskrim. 

Hormatilah kaum wanita dan sesama manusia. Bayangkan jika perkara yang sama berlaku kepada ahli keluarga kita. Pastinya kita turut panas hati bukan? – Getaran, 24 Mei 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved