TM Akan Tamatkan Unifi Community – Minta Pengguna Berkomunikasi Di FB Page

TechnologyDigital
19 Jun 2022 • 11:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Telekom Malaysia kini mengumumkan mereka akan tamatkan portal Unifi Community pada 22 Julai 2022 kelak. Selepas tarikh berkenaan, portal tersebut tidak lagi boleh diakses, termasuk kandungan padanya.

TM mengatakan langkah ini adalah dalam usaha membolehkan para pengguna untuk terus berinteraksi melalui platform Facebook Page milik Unifi ataupun melalui Twitter.

image is not available

Ia agak mengejutkan untuk TM menamatkan Unifi Community yang menjadi rujukan ramai, terutamanya komuniti Unifi dalam berinteraksi, bertanyakan sesuatu perkara, mahupun berkongsi tips terbaru. Apatah lagi, TM telah mengintegrasikan login berasaskan Digitalme pada Unifi Community hanya pada tahun lepas.

image is not available

Dengan langkah ini, ia mungkin menyukarkan perkongsian daripada komuniti Unifi, dan mungkin hanya perlu bergantung pada komen-komen di laman Facebook Unifi. Mungkin juga komuniti akan beralih kepada platform forum pihak ketiga seperti Lowyat untuk kekal berkomunikasi memandangkan pihak TM tidak menyediakan platform perbincangan untuk komuniti pengguna Unifi lagi selepas ini.

Bagi anda, adakah anda akan merindui portal Unifi Community ini selepas 22 Julai 2022 ini?