TMJ Persoal Tindakan FIFA Ke Atas 7 Pemain HM, Tunjuk Bukti Surat Pengesahan Dari JPN

LocalPolitics
27 Sep 2025 • 3:52 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) persoal tindakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang menjatuhkan hukuman terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain kacukan Harimau Malaya tanpa memberikan sebarang alasan kukuh.

TMJ persoal tindakan FIFA, harap FAM buat rayuan

Menerusi hantaran di platform X, baginda berkongsi surat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang mengesahkan semua pemain terbabit menjalani dan mematuhi prosedur sah untuk memperoleh kewarganegaraan Malaysia, sekali gus layak mewakili skuad kebangsaan.

“Lagi satu persoalan, hukuman dijatuhkan tanpa memberi sebab-sebab keputusan. Tambahan lagi FIFA cepat untuk mengeluarkan keputusan tersebut dalam public domain walaupun proses rayuan belum selesai.

“Who was in New York? Saya berharap FAM akan membuat rayuan secepat mungkin. Ini adalah surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara.

“Tak kan kita takut dan nak tunduk dengan individu-individu yang khuatir dengan kebangkitan Harimau Malaya. Lawan tetap lawan. Berani kerana benar,” titah baginda.

image is not available

TMJ persoal tindakan FIFA tukar pendirian

TMJ turut mempersoalkan tindakan FIFA yang dilihat menukar pendirian walaupun sebelum ini sudah meluluskan permohonan pemain berkenaan.

“FAM dah ikut proses dan kerjasama dengan FIFA dan Kerajaan Malaysia. FIFA pun dah approve (lulus) sebelum ini tetapi kenapa keputusan bertukar now (sekarang)? Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?,” katanya.

image is not available

Terdahulu, Jawatankuasa Tatatertib FIFA mendapati FAM melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) selepas menyerahkan dokumen dipalsukan bagi pengesahan kelayakan pemain dalam perlawanan rasmi.

Hasil siasatan, FAM dikenakan denda CHF350,000 (RM1.8 juta) manakala setiap pemain seperti Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel turut dikenakan denda CHF2,000 (RM10,560) serta digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan berkuat kuasa serta-merta.

image is not available

Kesemua mereka beraksi dalam dua perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 termasuk menentang Vietnam pada 10 Jun lalu yang mencetuskan aduan rasmi berhubung status kelayakan pemain.

Sumber: X HRHJohorII