TMJ Taja Padang SNBJ Sebagai Hadiah Untuk Sukan Bola Sepak Negara

Football
12 Oct 2023 • 5:23 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’azim (JDT) , Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menaja padang bola sepak di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

TMJ hadiahkan padang bola sepak SNBJ

Menurut kenyataan, penajaan padang bola berkenaan adalah sebagai tanda hadiah untuk sukan bola sepak negara terus maju dan lebih berkualiti pada masa akan datang.

“Ini selepas saban tahun pengendali stadum menghadapi masalah berkaitan kualiti rumput.
“Sebelum penajaan tersebut, Tunku Ismail telah meminjamkan sebuah kanvas dari Stadium Larkin kepada Stadium Nasional untuk menjaga dan melindungi padang Bukit Jalil daripada hujan lebat menjelang perlawanan penting Harimau Malaysia dan perlawanan-perlawanan akhir kejohanan Piala,”menurut kenyataan.

image is not available

Dalam pada itu, Baginda juga berkenaan agar pasukan kebangsaan menggunakan Stadium Sultan Ibrahim dan Pusat Latihan JDT kerana ia merupakan fasiliti bola sepak terbaik di rantau ini.

image is not available

Tambah kenyataan itu, Stadium Sultan Ibrahim juga menggunakan rumput Zeon Zoysia dan ia diikitiraf sebagai padang terbaik di Malaysia sebaik sahaja stadium berkenaan dibuka pada 2020.

“Tunku Mahkota Johor sebelum ini telah meninjau keadaan padang terdahulu di Bukit Jalil pada 2022 dan menghadiri majlis pecah tanah padang zeon zoysia baharu pada Mac 2023.
“Padang baharu berkenaan akan digunakan buat kali pertama apabila Malaysia menentang India dalam pertandingan Pesta Bola Merdeka 2023 pada Jumaat,”kata kenyataan lagi.

image is not available

TMJ gesa stadium bola sepak tingkatkan kualiti

Baginda juga menggesa semua stadium bola sepak di negara ini untuk meningkat kualiti padang masing-masing pada tahap ini.

Ini bagi memastikan taraf sukan di seluruh negara dapat ditingkatkan selain mengangkat martabat arena bola sepak Malaysia di persada antarabangsa.

“Itu adalah antara asas kebangkitan JDT untuk menjadi kelab bola sepak terkemuka di Asia Tenggara,” jelas kenyataan tersebut.

image is not available

aginda berkata demikian ketika hadir merasmikan padang baharu Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada Khamis.

Turut hadir bersama. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Sumber: FB JOHOR Southern Tigers, Sinar Harian (Zulhisham Isahak)