TMJ Ucap Tahniah Kepada Kuala Lumpur City Muncul Juara AFC Dengan Bajet Kecil

25 Aug 2022 • 5:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sesuatu yang membanggakan untuk peminat sukan bola sepak tanah air selepas lebih banyak pasukan berjaya mencipta kejayaan di pentas Asia.

Terbaru, pasukan Kuala Lumpur City berjaya muncul juara dalam saingan Piala AFC Zon Asean dengan menewaskan pasukan PSM Makassar dari Indonesia.

Dalam pada itu, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) turut mengucapkan tahniah kepada KL City atas pencapaian membanggakan.

Bajet 10 Juta setahun sahaja. Juara Piala Malaysia, juara zon Asia Tenggara saingan Piala AFC. Tahniah Kuala Lumpur City. Tahniah kepada Stanley Bernard, Bojan Hodak dan semua pemain. – Kata TMJ.

image is not available

Dalam perlawanan akhir itu, KL City berjaya mendapatkan 5 gol berbalas 2 gol dan berjaya membawa pulang 100,000 usd (RM448,550). Kemenangan ini juga melayakkan KL City mara ke peringkat sepatuh akhir Antara Zon (Inter-zone).

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media