TMT Megastore @ IOI City Mall Menawarkan Diskaun Sehingga 90% Sempena Pembukaan Rasmi Pada 28 Julai Ini

TechnologyDigital
27 Jul 2023 • 1:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pembelian secara atas talian masih tidak dapat menewaskan pengalaman membeli di kedai gajet dan jika anda kerap pergi ke Plaza Lowyat mencari promosi-promosi hebat, pasti anda sudah tahu dengan kedai Thunder Match Technology (TMT) yang kini telah pun mempunyai pelbagai cawangan di seluruh negara. Malah akhir bulan ini pada 28 Julai, mereka akan melakukan pembukaan rasmi kedai gergasi mereka yang keenam dan cawangan ke-49 di seluruh negara, di IOI City Mall, Putrajaya.

image is not available

Promosi Star Buy – Harga Termurah Hanya Pada 28 Julai Untuk Unit Terhad

Dan menjadi tradisi pembukaan rasmi TMT Megastore baharu, mereka akan mengadakan promosi khas pada hari tersebut. Peranti-peranti yang berprestij dan digemari ramai seperti iPhone, Galaxy Fold 4, Galaxy Flip 4, Huawei P60 Pro, OPPO Find X5 Pro turut ditawarkan dengan harga yang jauh lebih murah dari kebiasaan. Malah Galaxy Z Flip 4 ditawarkan pada harga RM2,499, berbanding harga asal RM4,399. Anda juga boleh membeli OPPO Find X5 Pro pada harga RM2,499, berbanding harga asal RM3,999. Bagi promosi Star Buy, unit yang ditawarkan sangat terhad dan tidak mungkin ditawarkan di tempat lain. Berikut merupakan beberapa peranti yang ditawarkan dalam senarai promosi Star Buy.

image is not available

Terdapat juga gajet lain yang ditawarkan pada promosi pembukaan ini termasuklah tablet, komputer riba, pencetak serendah RM35, kerusi gaming serendah RM399, monitor pada harga serendah RM99 sahaja dan juga jam pintar. Galaxy Watch Active 2 44mm yang biasanya dijual pada harga RM1,099 akan ditawarkan pada harga RM199, manakala iPad Air WiFi Gen 4 yang biasanya dijual pada harga RM3,649 akan ditawarkan pada harga RM1,999. Barangan edisi terhad juga ditawarkan pada harga menarik, seperti kerusi gaming Razer Iskur X Hello Kitty yang dijual pada harga RM999 sahaja.

  • image is not available
  • image is not available
  • image is not available
  • image is not available
  • image is not available
  • image is not available
  • image is not available
  • image is not available
  • image is not available

Promosi Akan Berlanjutan 28-30 Julai Selagi Stok Masih Ada

Tetapi jangan risau jika anda terlepas peluang untuk mendapatkan barangan promosi Star Buy yang dijual pada 28 haribulan. Ini kerana anda masih boleh menikmati potongan harga bagi barangan-barangan di bawah sehingga 30 Julai ini. Berikut merupakan senarai diskaun untuk beberapa produk yang turut ditawarkan di TMT Megastore IOI City Mall.

Senarai diatas hanyalah beberapa produk yang ditunjukkan akan tetapi terdapat pelbagai lagi produk yang ditawarkan pada harga yang boleh membuatkan anda beratur dari hari Jumaat lagi, dan maklumat berkenaannya turut tersedia menerusi Facebook Thunder Match.

image is not available

Kesemua unit-unit promosi jualan ini adalah tertakluk pada terma dan syarat selagi stok masih ada. Memandangkan ada beberapa promosi yang mempunyai unit yang sangat terhad, anda disarankan beratur seawal mungkin bagi mendapatkan peranti tersebut pada 28 Julai ini di TMT Megastore, Tingkat 2 L67-68, IOI City Mall (West Wing).

Atau jika anda masih lagi mencari idea barangan apa yang boleh dibeli, boleh layari Facebook, Instagram atau Tiktok TMT daripada Thunder Match

Penafian : Advertorial daripada TMT

View Original Article