
KUALA LUMPUR – Dalam keadaan ramai peniaga kecil berusaha keras membina jenama sendiri di media sosial, The Malaysian Update (TMU) tampil dengan satu inisiatif khas bagi membantu usahawan kecil mendapatkan lebih banyak pendedahan kepada orang ramai.
Inisiatif tersebut diwujudkan selepas TMU melihat masih ramai peniaga kecil yang mempunyai produk dan servis berkualiti, namun berdepan kesukaran untuk mendapatkan capaian luas disebabkan kos promosi yang tinggi.
Melalui pakej promosi khas itu, TMU membantu memperkenalkan bisnes peniaga kecil menerusi platform media sosial rasmi termasuk TikTok, Facebook, Instagram, Threads dan Lemon8.
Bagi TMU, ramai peniaga kecil sebenarnya mempunyai potensi besar untuk berkembang, namun tidak semua mempunyai kemampuan untuk mendapatkan ruang promosi yang luas terutama di pelbagai platform media sosial.
Atas sebab itu, TMU mengambil inisiatif menyediakan pakej promosi dengan kadar lebih mampu milik supaya lebih ramai usahawan kecil dapat memperkenalkan produk serta perkhidmatan mereka kepada masyarakat.
Kos Promosi Digital Semakin Tinggi
Kos promosi digital ketika ini juga dilihat semakin tinggi dan boleh mencecah ribuan ringgit bergantung kepada bentuk pemasaran serta capaian yang ditawarkan.
Menerusi pakej khas tersebut, pengiklan hanya perlu menyediakan video berdurasi bawah lima minit untuk dipaparkan di saluran rasmi TMU. Bagi peniaga yang tidak mempunyai video lengkap, pihak TMU turut membantu menyusun gambar yang diberikan dalam bentuk video sebelum dipaparkan.
Selain itu, posting promosi juga akan kekal di platform TMU selama 30 hari bagi memberi peluang capaian lebih panjang kepada pelanggan.
Dalam masa sama, hanya dua slot disediakan setiap hari bagi memastikan setiap promosi mendapat susunan dan perhatian yang lebih teratur.
Usaha tersebut dilihat sebagai salah satu langkah TMU dalam membantu komuniti peniaga tempatan khususnya usahawan mikro dan bisnes kecil yang sedang membina nama di platform digital.
Bagi peniaga yang berminat untuk mendapatkan slot promosi bersama TMU, tempahan boleh dibuat melalui WhatsApp di Klik Sini atau klik pautan yang disediakan di profile dan bio rasmi TMU. – The Malaysian Update
The post TMU Perkenal Inisiatif Promosi Khas Bantu Peniaga Kecil Kembangkan Perniagaan appeared first on The Malaysian Update.




