TNB Bawa Sokongan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Di 5 Kawasan Di Kedah

TechnologyDigital
16 Jul 2022 • 1:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tenaga Nasional Berhad, melalui Allo kini terus memperluaskan sokongan rangkaian mereka, dan telah memperkenalkan sokongan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi di lima kawasan yang tidak mempunyai capaian sebelum ini.

Lima kawasan yang terlibat di Kedah ini adalah di Kulim, Aman Jaya, Kuala Ketil, Mergong dan juga Sungai Petani. Hampir 33,000 premis di kawasan berkenaan kini boleh menikmati jalur-lebar berkelajuan tinggi dan hanya perlu melanggannya melalui pembekal perkhidmatan seperti Astro, Digi, Celcom, U Mobile, Maxis dan lain-lain.

image is not available

TNB menjayakan capaian jalur-lebar berkelajuan tinggi ini dengan menggunakan talian fiber optik sepaanjang 25,000km yang disokong oleh 472 pencawang masuk utama di Semenanjung Malaysia. Talian fiber optik berkenaan digunakan dalam mewujudkan jaringan rangkaian telekomunikasi dibawah program JENDELA.

Kedah merupakan negeri ketiga melancarkan projek kemudahan rangkaian telekomunikasi Allo, selepas Melaka dan Perak sebelum ini.