TNB Electron mula operasi stesen pengecas EV di PLUS dan LPT, sedia pengecas DC 90kW percuma

20 Jan 2023 • 3:28 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

TNBX Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini mengumumkan ujian perintis stesen pengecas EV mereka di Melaka dan Terengganu. Stesen pengecas ini diberi nama TNB Electron dan kini menyediakan perkhidmatan mengecas EV secara percuma.

Menurut TNB, terdapat dua lokasi ujian perintis stesen pengecas TNB Electron dibuka mulai hari ini, 20 Januari 2023. Ia terletak di hentian lebuhraya iaitu R&R Ayer Keroh Arah Utara di Melaka, serta di R&R Paka Arah Utara di Terengganu.

TNB juga memaklumkan, terdapat dua pengecas DC berkuasa 90kW disediakan di stesen TNB Electron. Sempena ujian rintis ini, ia akan dibuka percuma untuk kegunaan semua pengembara Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur, untuk waktu terhad yang masih belum diberitahu. Stesen pengecas ini akan beroperasi sepanjang masa, 24 jam sehari.

image is not available

Untuk menggunakannya, pengecas ini perlu diaktifkan menggunakan aplikasi mudah alih GO TO-U. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Playstore dan Apple Appstore.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web TNBX EV Charging.

[Sumber: TNB]

Bacaan Berkaitan

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved