TNG eWallet ada cara paling “cool” hantar angpau

17 Jan 2023 • 3:54 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kemas kini APP TNG eWallet anda sekarang kerana ada satu fungsi baharu diperkenalkan pengendali eWallet itu bersempena dengan Tahun Baru Cina. Ciri tersebut membolehkan anda hantar angpau tanpa perlu membazirkan paket kertas lantas menyelamatkan alam sekitar.

image is not available

Fungsi Money Packet TNG eWallet benarkan anda hantar angpau kepada sehingga 100 penerima dengan menggunakan satu QR kod sahaja. Lebih menarik, amaun yang bakal diterima adalah rawak berdasarkan jumlah peruntukkan angpau dan bilangan angpau.

image is not available

Sebagai pemberi angpau, anda juga akan diberitahu siapakah yang telah menebus beserta amaun yang telah ditebus.

Cara nak wujudkan Money Packet senang saja. Di halaman perumah APP TNG eWallet, cari butang Transfer dan di dalam pilihan yang dibentangkan, cari butang Money Packet.

Anda perlu masukkan maklumat seperti:

  • Kuantiti Money Packet
  • Peruntukkan wang
  • Ucapan

Menurut laman FAQ, kod QR untuk Money Packet sah selama 24 jam selepas diwujudkan. Minimum sebanyak 2 paket boleh diwujudkan dengan peruntukkan serendah RM1 ataupun sehingga RM1,000. Sekiranya tamat tempoh, baki wang akan dikendalikan ke dalam eWallet pemilik.