TNG eWallet ada penyelenggaraan Sabtu ini, beberapa fungsi utama akan terganggu

12 Oct 2022 • 11:58 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Touch n Go (TNG) telah mengumumkan bahwa mereka akan mengadakan kerja penyelenggaraan berjadual untuk dompet elektronik, TNG eWallet. Ia akan dilakukan pada hari Sabtu, 15 Oktober 2022 dari jam 2 pagi sehingga 6 pagi.

Sepanjang waktu penyelenggaraan ini, semua perkhidmatan TNG eWallet seperti fungsi tambah nilai, bayaran dan merchant dashboard (untuk rakan niaga) tidak boleh digunakan. Menurut TNG, kerja penyelenggaraan ini penting untuk memastikan pengalaman tanpa tunai yang lancar dan lebih baik.

image is not available

Sehubungan itu, TNG meminta pengguna untuk membuat tambah nilai dan memastikan baki eWallet mencukupi, sebelum penyelenggaraan bermula. Ini untuk memastikan pembayaran di tol dan parkir berjalan lancar.

Jika anda pengguna kad TNG Enhanced (NFC), pastikan tambah nilai dengan telefon pintar dibuat sebelum penyelenggaraan. Begitu juga untuk pengguna PayDirect, pastikan baki eWallet mencukupi atau ditambah nilai lebih awal.

image is not available

Kami juga telah menerima pengesahan daripada TNG, perkhidmatan RFID masih boleh digunakan sewaktu penyelenggaraan berjalan. Tetapi baki eWallet mesti mencukupi atau buat tambah nilao sebelum waktu penyelenggaraan.

TNG juga mengatakan, fungsi Auto-reload tidak akan berfungsi di masa penyelenggaraan berjalan. Pengguna dinasihatkan untuk memastikan baki eWallet mencukupi supaya semua proses pembayaran tidak terganggu dalam tempoh penyelenggaraan.

[Sumber: Touch n Go]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved