TNG eWallet Akan Laksana eKYC 100% Berkuat-kuasa 20 Disember 2024

TechnologyDigital
20 Nov 2024 • 10:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Touch n Go eWallet sedia mengumumkan pada awal tahun ini yang mana akan mengimplementasi pengesahan identiti pengguna dompet digital mereka 100% sepenuhnya. Selepas diberikan tempoh 10 bulan, kini TNG eWallet mengumumkan mereka akan mengimplementasi eKYC 100% berkuat-kuasa 20 Disember 2024.

image is not available

Selepas tarikh tersebut, semua pengguna TNG eWallet akan perlu mengesahkan identiti mereka sebelum dapat menggunakan dompet digital berkenaan. Dibawah eKYC, pengguna akan perlu memuat-naik gambar MyKad, sebelum turut memuat-naik gambar swafoto.

TNG eWallet mengatakan dengan melakukan pengesahan sepenuhnya, mereka akan dapat mengatasi masalah akaun palsu atau yang digunakan untuk aktiviti penipuan, selain turut meningkatkan kadar integriti ekosistem TNG eWallet.

Untuk pengguna TNG eWallet sedia ada yang masih belum lakukan pengesahan, pihak TNG mengatakan ia akan dihadkan secara berperingkat – sehingga melakukan pengesahan identiti.

Buat masa ini, pihak TNG eWallet tidak berkongsi sebarang perkara berkaitan dengan integrasi MyDigital ID yang mungkin memudahkan lagi proses pengesahan identiti ini.