TNG eWallet akan tawar urus niaga emas dan saham dibawah GOinvest

Business & Finance
1 Mar 2024 • 11:39 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selain daripada kewajiban untuk jalankan e-KYC untuk terus gunakan TNG eWallet, pengguna boleh jangkakan beberapa produk baharu diperkenalkan TNG Digital dalam masa terdekat. Misalnya, di bawah kategori GOInvest, urus niaga emas dan saham bakal diperkenalkan.

image is not available

TNG Digital ada MoU dengan Bursa dan bank pelaburan Affin Hwang

Perkara ini bukanlah satu perkara baharu kerana mereka sudahpun mula menggerakkan projek tersebut seawal Oktober 2023 melalui pemeteraian Momarandum Persefahaman antara TNG Digital Sdn. Bhd. dengan Affin Hwang Investment Bank Berhad dan Bursa Malaysia Berhad.

Objektif mereka adalah memberikan akses yang lebih mudah produk pelaburan ekuiti kepada lebih ramai orang dan semestinya ada dalam kalangan puluhan juta pengguna TNG eWallet ingin memanfaatkannya.

image is not available

Apabila aktif kelak, pengguna boleh melakukan urusan jual beli ekuiti secara pantas dan lancar melalui broker Affin Hwang Investment Bank terus di dalam aplikasi edompet disamping memantau prestasi portfolio masing-masing berbekalkan data masa nyata daripada Bursa.

Untuk produk urus niaga emas pula, TNG Digital memaklumkan yang untuk fasa pertama, tiada emas fizikal boleh ditebus sebaliknya pelaburan jual beli secara maya bersandarkan emas sebenar.