TnG eWallet Dikemaskini Dengan Kalkulator Tukaran Mata Wang Untuk Kad Prabayar Visa

TechnologyDigital
2 May 2024 • 12:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi Touch ‘n Go eWallet hari ini telah dikemaskini dengan ciri kalkulator penukaran mata wang. Ia diperkenalkan khusus untuk memudahkan pengguna kad prabayar Visa TnG ketika berada di luar negara. Ciri ini dikatakan akan membantu pengguna memantau perbelanjaan dan melakukan kiraan untuk setiap transaksi di luar negara.

image is not available

Ciri ini turut membenarkan pengguna memilih lima mata wang kegemaran untuk akses pantas. Kalkulator penukaran mata wang dalam aplikasi TnG eWallet menggunakan kadar penukaran indikatif, iaitu secara terus. Kadar sebenar diambil kira pada masa transaksi. Tiada caj penukaran mata wang dikenakan, tetapi di dalam Lembaran Pendedahan Produk yang tersedia pada aplikasi TnG setiap transaksi akan dikenakan caj sebanyak 1%.

image is not available

Ini bermakna, jika anda ke Amerika Syarikat dan berbelanja sebanyak $10 aplikasi akan memaparkan penukaran ke RM47.78. Tetapi jumlah yang ditolak dari akaun adalah RM48.26. Contoh sebenar yang saya lakukan di Bangkok minggu lepas adalah 100 Baht = RM12.93, tetapi aplikasi tolak sebanyak RM13.06.