TNG eWallet Perkenal Ciri “GOyang-GOyang” – Membolehkan Temui Promosi Peruncit Berdekatan

TechnologyDigital
6 Jun 2024 • 11:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Touch n Go eWallet hari ini memperkenalkan sebuah ciri baharu pada aplikasi dompet digital mereka, dinamakan GOyang-GOyang. Melalui ciri berkenaan, seperti pada namanya, pengguna perlu mengoyangkan telefon mereka selepas mengaktifkan ciri berkenaan, dan ia akan memaparkan promosi berdekatan dengan pengguna.

TNG menyatakan langkah ini menjadikan ia lebih menarik untuk para pengguna menemui promosi berdekatan – berbanding perlu menatal dan melayari halaman promosi pada dompet digital tersebut.

image is not available

Sebagai fasa pengenalan ini, TNG menyertakan ganjaran dan promosi daripada sejumlah rakan kerjasama, termasuk antaranya adalah Caltex, Guardian, MR DIY, llaollao, dan beberapa yang lain. Bagi anda yang berminat, boleh mengakses ciri ini dengan tap pada ikon “GOyang” melalui aplikasi TNG eWallet.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved