TNG Go+ naikkan siling ke RM20,000, jana dividen harian lebih tinggi

LocalBusiness & Finance
15 Nov 2024 • 10:38 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

TNG telah naikkan siling simpanan Go+ daripada RM9,500 kepada RM20,000. Anda kini boleh simpan lebih banyak dan terima faedah harian. TNG kata prestasi purata Go+ sekarang adalah 3.4% p.a. Kalau anda simpan RM20,000, anda akan dapat pulangan harian pada purata RM1.89/hari.

TNG Go+ adalah salah satu ciri simpanan dalam aplikasi TNG e-Wallet. Ia adalah kerjasama antara TNG Digital dengan CIMB Principal Asset Management Berhad. Ia asasnya membolehkan pengguna menjana pendapatan daripada wang yang didepositkan ke dalam TNG eWallet.

  • Antara kelebihan yang digariskan untuk Go+ adalah seperti:
  • proses penyertaan yang pantas dan mudah
  • dana pemula serendah RM10
  • dana boleh diguna untuk pembayaran melalui Quick Reload
  • pulangan harian
  • pengeluaran tunai pada bila-bila masa

Berdasarkan laman FAQ, Go+ direka sebagai pelaburan jangka pendek, sebagai alternatif kepada pelaburan pasaran modal tradisional. Buat pengetahuan anda, TNG Go+ adalah patuh syariah. Walau bagaimanapun, ia tidak dijamin dan dilindungi PIDM.

Anda boleh layari laman rasmi TNG Go+ untuk maklumat lanjut.

Meta: TNG Go+ tingkatkan had maksimum ke RM20,000! Terima pulangan harian purata 3.4% p.a. Ini cara mudah gandakan simpanan anda.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved