TNG tawar tag RFID RM19.50, ini perkara yang perlu anda tahu

27 Nov 2023 • 2:52 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pengendali TNG RFID, Touch 'n Go Digital (TNG Digital) kini sedang adalah promosi istimewa kepada peserta TNG RFID Pilote User Programme iaitu pengguna yang memasang RFID antara Ogos 2018 hingga 15 Februari 2023.

image is not available

Sekiranya anda memiliki RFID yang diaktifkan dalam tempoh tersebut, TNG Digital menawarkan tag RFID pada harga promosi RM19.50 berbanding harga asal RM35. Bagi melayakkan anda menyertai promosi ini, anda mestilah memiliki tag RFID yang aktif dan tawaran disalurkan melalui notifikasi di aplikai TNG eWallet ataupun secara email.

image is not available

Harga promosi itu diberikan kepada anda melalui pulangan tunai ke dalam TNG eWallet sebanyak RM20.50 bila anda sertai promo tersebut. Pulangan tunai yang diterima tidak boleh dipindah, dipulang, ataupun ditukar kepada tunai.

Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian adalah, sekiranya anda berjaya dapatkan tag RFID melalui promosi ini, tag RFID yang didaftarkan sewaktu program rintis dulu perlu dimansuhkan secara manual ataupun sistem akan memansuhkannya secara automatik sejurus tempoh promosi tamat iaitu pada 5 Januari 2024.

Anda boleh layari laman T&C promosi untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan