Anak perempuan pelakon Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana mencuri perhatian ramai apabila bilik tidurnya dihias mewah seperti hotel lima bintang.
BACA: “Sebok Jaga Anak Orang, Anak Sendiri Kelaparan” – Che Ta Bidas Netizen Kecam Aaisyah Suka Melaram
Menerusi satu video tular di TikTok, seorang lelaki dipercayai kenalan Che Ta merakam suasana bilik tidur Aaisyah yang bertemakan merah jambu ala-ala puteri raja.
@nurkhalaf Heaven nya ampaaaaa Nak jadi anak Che Ta gak lah!
♬ original sound – Nur Khalaf
Menyambut baik kedatangan lelaki itu, Aaisyah dilihat membawanya berjalan melihat sekeliling sehingga ke ruangan bilik mandi.
Siapa sangka, bilik mandi kanak-kanak itu pun dihias serba mewah dengan rekaan dalaman yang nampak ekslusif.

Rata-rata netizen memuji bilik itu cantik dan ada yang sempat berseloroh mengatakan bilik mandi Ecah itu jauh lebih besar daripada saiz bilik tidur mereka.
Wah untung betul Aaisyah kan? Betul-betul macam princess!
Kredit: TikTok @nurkhalaf

