‘Tok Baruknya Hero’, Aksi Individu Ini Selamba Tangkap Ular Di Pasar Sarikei Raih Perhatian Netizen

2 Jun 2023 • 3:55 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Pucat muka ular tu tengok pakcik. Terbaik’ – netizen

‘Tok Baruknya Hero’, Aksi Individu Ini Selamba Tangkap Ular Di Pasar Sarikei Raih Perhatian Netizen. Sebuah video yang menunjukkan seorang individu yang selamba menangkap seekor ular berbisa di pasar Sarikei, telah mendapat perhatian luas di media sosial dan menjadi viral.

Siapa sangka akan ada individu yang tampil berani menangkap ular tersebut sebelum pihak bomba datang ke tempat kejadian.

image is not available
‘Tok Baruknya Hero’, Aksi Individu Ini Selamba Tangkap Ular Di Pasar Sarikei Raih Perhatian Netizen

‘Ini barulah hero,’ Selamba tangkap ular guna tangan sendiri di Pasar Sarikei

Video selama 12 saat itu menunjukkan individu, yang dikenali sebagai ‘Parek’, menangkap ular yang panjangnya lebih kurang 1 meter lebih menggunakan tangannya sendiri.

Dia kemudian memasukkan ular tersebut ke dalam guni turut dibantu oleh dua orang individu di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun tidak ada laporan melibatkan nyawa dalam insiden tersebut. Lihat video di bawah:

image is not available
Sumber: FB Ahmad Yazid

Ramai yang mengagumi keberanian Parek.

Pemilik video yang merakam kejadian tersebut, telah memuatnaik di laman Facebook miliknya (Ahmad Yazid) dan menarik perhatian netizen Sarawak, dan ramai yang mengagumi keberanian Parek.

Video tersebut telah meraih sebanyak 10K kali tontonan dan rata-rata netizen memuji keberanian Parek kerana bersikap selamba memegang ular tersebut.

image is not available
‘Tok Baruknya Hero’, Aksi Individu Ini Selamba Tangkap Ular Di Pasar Sarikei Raih Perhatian Netizen. Sumber: FB Ahmad Yazid

Sekiranya anda melihat ular di sekitar anda, jangan cuba menangkapnya sendiri kerana mereka boleh menjadi sangat bahaya. Hubungi pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengambil tindakan yang sesuai.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah: