Tok Ram pernah hidup susah, seorang abang penyayang – Jalaluddin Hassan

Entertainment
2 Sep 2026 • 12:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tok Ram pernah hidup susah, seorang abang penyayang – Jalaluddin Hassan

SHAH ALAM: Pelakon, Datuk Jalaluddin Hassan menyifatkan sahabatnya, Datuk Ramli MS sebagai seorang lelaki yang sensitif dan penyayang, biarpun ketegasannya sering menyebabkan dirinya mudah disalah anggap.

Menurut Jalaluddin, 72, Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram sememangnya seorang yang sangat mementingkan ikatan kekeluargaan sejak usia muda yang membesarkan adik-beradiknya sebagai abang sulung.

“Kita tahu sejarah hidup dia semasa di Singapura dulu. Mereka hidup susah. Dia anak sulung, jadi apabila berjumpa adik-beradik, dia akan peluk mereka walaupun masing-masing sudah berkeluarga.

“Itulah diri dia yang sebenar. Seorang abang yang sangat mengambil berat. Mereka tidak akan lupa kebaikan dia.

“Dia seorang yang sangat sensitif sebenarnya. Dia sangat profesional dan apabila bercakap mengenai muzik, dia memang sangat tajam.

“Tetapi jauh di sudut hati, kami sangat menghormati antara satu sama lain. Dia nampak kasar, tetapi sebenarnya dia sangat mengambil berat. Kadang-kadang dia akan tanya, ‘sayang tak?’ itu cara dia menzahirkan kasih sayang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada konsert minggu kedua Kilauan Emas, baru-baru ini.

Bukan sekadar sahabat, Jalaluddin turut menganggap Tok Ram sebagai ‘cikgu’ dalam bidang seni suara.

Walaupun sering bergurau senda, Jalaluddin tetap meletakkan rasa hormat yang tinggi terhadap ilmu muzik dimiliki maestro berkenaan.

Malah, kehebatan Tok Ram dalam melakukan susunan muzik turut diakui tokoh muzik terkenal seperti Datuk Fauzi Marzuki dan Datuk M. Nasir.

“Bagaimanapun, dia tetap cikgu saya. Saya boleh bergurau dengan Tok Ram, tetapi di lubuk hati saya, dia adalah cikgu.

“Saya masih ingat dalam perjalanan kami ke Romania dulu, di dalam bas dia ajar kami cara bernyanyi yang betul. Dia juga ajar saya teknik pernafasan dan bagaimana mahu ‘meletakkan’ suara. Dia tidak kedekut ilmu.

“Tok Ram ini kalau ada tawaran, dia akan pastikan semua orang dapat hak yang sama. Kalau saya dapat seribu, yang lain pun dapat seribu. Tidak ada lebih, tidak ada kurang. Itulah prinsip dia,” katanya. -UTUSAN

The post Tok Ram pernah hidup susah, seorang abang penyayang – Jalaluddin Hassan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved