‘Tok Wan Berbulu’ Tak Wujud, Budak 6 Tahun Rupanya Pandai Bawa Kereta, Siap Tunjuk Cara Masuk ‘Gear’

Cars
12 May 2023 • 10:14 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular mengenai keterangan daripada kanak-kanak berusia 6 tahun yang memandu kereta sehingga terbabas dikatakan berkait dengan unsur mistik.

Menerusi rakaman suara tersebut, kanak-kanak lelaki itu mendakwa dia tidak memandu kereta tersebut tetapi sebaliknya terdapat seorang lelaki tua digelar Tok Wan berbadan besar serta berbulu yang membawanya.

Bagaimanapun, berdasarkan siasatan polis, tiada sebarang unsur mistik dalam kejadian tersebut, malah kanak-kanak itu sebenarnya tahu cara untuk memandu kenderaan. Lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata kanak-kanak berkenaan turut menunjukkan cara menghidupkan enjin kereta serta mengendalikan gear undur.

Bukan itu sahaja, dia turut menjalankan kenderaan ke hadapan ketika pegawai penyiasat memintanya untuk mengulangi perbuatan tersebut bagi membantu siasatan.

Pada malam kejadian, kanak-kanak terbabit mengundurkan kereta dahulu sebelum keluar dari pekarangan rumah.

image is not available

Menurut Ashari, mereka juga telah mengingati jalan dan jarak antara rumah dengan kedai yang ingin dituju.

Difahamkan, kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu membawa kereta jenis Vious bersama adiknya berusia tiga tahun sebelum terbabas separuh jalan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Tokwan Yang Bawa Kereta, Badan Besar Hitam Berbulu" - Budak 6 Tahun Bawa Kereta Ada Plot Seram Pula?