Tokoh ASWAJA Buka Tabung Derma Lepas Kalah Saman Fitnah Dengan Bekas Menantu

LocalPolitics
29 Oct 2024 • 12:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Melalui laman Facebook, tokoh agamawan ASWAJA iaitu Ustaz Engku Fadzil telah membuka tawaran kepada orang ramai untuk menyumbangkan kos guaman peringkat rayuan selepas kalah kes saman fitnah terhadap bekas menantunya, Shakila Saiful.

Dalam perkongsian tersebut, Ustaz Engku Fadzil memaklumkan dia memerlukan bantuan sebanyak RM60,000 untuk membiayai kos guaman terbabit untuk proses seterusnya.

Hantaran di laman Facebook Engku Ahmad Fadzil

image is not available

Jumlah sebenar yang perlu dibayar ialah RM65,000, tetapi dia telah membayar RM5000 dan menjadikan jumlah bantuan yang diperlukan ialah sebanyak RM60,000.

Ustaz Engku dengan ini membuka ruang kepada sesiapa yang sudi dan mampu untuk menyumbang kepada kos guaman peringkat rayuan ini yang kesemua berjumlah RM65,000 yang mana RM5000 telah dibayar oleh Ustaz Engku sendiri menjadikan jumlah yang perlu kepada bantuan setakat hari Jumaat 25 Oktober 2024 adalah sebanyak RM60,000 yang perlu dibayar mengikut peringkat.

Dalam pada itu, dia mendakwa bekas menantunya telah mendapat biayaan daripada seorang individu berpengaruh namun tidak mengesahkan perkara tersebut dengan jelas.

Ustaz Engku ada menerima maklumat pada 27 Mac 2023 bahawa kos guaman Shakila Saiful, bekas menantu Ustaz Engku (defendan dalam Tuntutan Utama) dibiayai oleh Mufti Perlis.

Apapun, Ustaz Engku tidak dapat mengesahkan kesahihan maklumat tersebut dan sekiranya benar sekalipun Ustaz Engku tidak pasti adakah yang dimaksudkan “dibiayai oleh Mufti Perlis” itu bererti menggunakan dana peribadi beliau atau bermaksud dipermudahkan urusan oleh beliau untuk mendapat dana tertentu, peruntukan zakat fi sabilillah misalnya, Ustaz Engku tidak pasti dan belum berusaha memastikan. Yang pasti, Ustaz Engku tidak mendapat biayaan khusus daripada sesiapa

Terdahulu, Ustaz Engku atau Engku Fadzil menyaman bekas menantunya yang juga merupakan bekas ratu cantik negara atas sebab dikatakan Shakila telah menfitnahnya di media sosial tentang pengguguran kandungan.

Namun, didapati Engku Fadzil gagal membuktikan kes dan pihaknya perlu membayar RM25,000 kepada Shakila.

Shakila telah membuat kes saman balas berkaitan dengan dakwaan penipuan. Dia memaklumkan bahawa Engku Fadzil melalui bekas suaminya Engku Fakhruddin telah memujuknya untuk menggugurkan kandungan dengan alasan bahawa Fatwa Negeri Perlis dan Pahang membenarkan perbuatan tersebut.

Walaubagaimanapun, mahkamah telah berpihak kepada Shakila kerana dapat mebuktikan kes dan kedua-dua mereka diarah membayar ganti rugi tambahan sebanyak RM80,000.

Pada tahun lalu, setelah diyakinkan oleh keluarga bekas suami Shakila membuat keputusan untuk menggugurkan janin kembarnya yang baru berusia sebulan hasil daripada persetubuhan luar nikah.

Shakila akhirnya berkahwin dengan suami pada 22 Mei 2022, bagi memenuhi janjinya untuk menggugurkan kandungan tersebut.

Selepas enam bulan berkahwin, Shakila didapati telah hamil namun dia mengalami keguguran. Hasil pemeriksaan mengatakan kemungkinan kesan daripada pengguguran sebelum ini.

Selepas lapan hari Shakila mengalami keguguran, suaminya telah menfailkan penceraian dengan alasan yang tidak munasabah.

Perkara itu telah membuatkan Shakila mengalami depresi dan hampir membuat cubaan bunuh diri. Shakila lagi sekali menegaskan di mahkamah bahawa semua kenyataan yang dikeluarkan di media sosial adalah benar dan bukan fitnah terhadap Engku Fadzil atau Engku Fakhruddin.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook Engku Ahmad Fadzil | Gempak