Tokoh Pendidikan, Dr Sidek Baba Meninggal Dunia

25 Nov 2022 • 11:47 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tokoh pendidikan, Profesor Datuk Dr Sidek Baba telah meninggal dunia pada jam 7 petang, hari ini.

Berita pemergian beliau yang barusia 76 tahun itu telah disampaikan oleh anak lelakinya, Izzuddin menerusi satu hantaran Facebook.

Menurut Izzuddin, bapanya telah menghembuskan nafas terakhir pada waktu Maghrib tadi, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Izzuddin juga meminta agar orang ramai mendoakan agar roh bapanya dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan yang soleh.

Berita pemergian Dr. Sidek Baba turut dikongsikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Dr Sidek Baba, penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 2009 yang telah kembali kerahmatullah pada 25 November 2022.”

“Semoga Almarhum dikumpulkan bersama para Anbiya, orang-orang soleh, para syuhada dan muttaqin,” berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh pihak JAKIM.

Allahyarham berasal dari Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka dan pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi Hal Ehwal Pembangunan Pelajar pada tahun 1994 hingga 2002.

Selain itu, Allahyarham juga merupakan bekas rakan karib Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah berjuang bersama-sama dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).