Tokoh Sastera Abu Bakar Abd Hamid meninggal dunia

22 Jun 2026 • 1:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tokoh Sastera Abu Bakar Abd Hamid meninggal dunia
Allahyarham Abu Bakar meninggal dunia pada usia 87 tahun malam tadi. - Foto: FB YB Senator Dr Zulkifli Hasan

KUALA LUMPUR, - Tokoh sastera dan bekas Pengerusi Lembaga Pengelola Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Prof Emeritus Datuk Abu Bakar Abd Hamid meninggal dunia pada usia 87 tahun malam tadi.

Anak kedua Allahyarham, Sabriza Abu Bakar, 58, berkata, bapanya secara tiba-tiba mengalami sesak nafas sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga, kira-kira 10.30 malam di kediaman adiknya di Petaling Jaya.

"Arwah berada dalam keadaan baik sebelum ini dan selera makan seperti biasa malah bertenaga menjalani rutin harian," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, jenazah dibawa ke Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, di sini untuk disolatkan selepas zuhur dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Abu Bakar yang berasal dari Johor mempunyai empat orang anak, seorang lelaki dan tiga perempuan.

Sepanjang hayat, Allahyarham yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengelola Bernama dari 1996 hingga 2000 menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah berprestij atas sumbangan beliau dalam bidang kesusasteraan.

Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya pada 1987 dan memegang jawatan Setiausaha Bersama bagi Jawatankuasa Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1968. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved