“Tokwan Yang Bawa Kereta, Badan Besar Hitam Berbulu” – Budak 6 Tahun Bawa Kereta Ada Plot Seram Pula?

11 May 2023 • 11:54 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, satu berita mengenai seorang budak berumur 6 tahun membawa kereta sendiri bersama adiknya, 3 tahun tanpa pengetahuan ibu bapa dan keluar dari rumah sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi menjadi perhatian ramai.

Bernasib baik, budak berumur 6 tahun itu hanya cedera ringan, manakala adiknya sebagai penumpang tidak cedera.

Biarpun ibu bapa mengatakan anak-anak keluar tanpa pengetahuan mereka, muncul pula ‘plot’ baru mengenai insiden tersebut dan keterangan daripada kanak-kanak berumur 6 tahun itu telah dirakamkan dan tular di media sosial.

Melalui perkongsian voice note tersebut, difahamkan budak lelaki berumur 6 tahun itu tidak memandu kereta tersebut tetapi terdapat seorang lelaki berbadan besar serta berbulu yang membawanya.

Budak tersebut berkata dirinya hanya duduk di atas riba ‘lelaki’ tersebut, manakala disebelah pula, ada seorang ‘pakcik’ dan seorang lagi duduk di belakang.

image is not available

Menurut budak lelaki tersebut, pakcik tua yang membawa kereta itu mengajak mereka untuk pergi ke kedai tetapi tidak tahu di mana lokasi sebenar.

Bagaimanapun, kesahihan mengenai hal ini masih belum dapat dipastikan lagi dan kebanyakkan netizen yang meninggalkan komen menganggap kanak-kanak itu hanya mereka cerita dan tidak tahu pun apa yang sedang dikatakan.

image is not available 22 jam lalu

"Beri Alasan Anak Saya Tak Henti Nangis" - Ibu Sibuk Buat Persiapan Majlis Aqiqah, Orang Luar Selamba 'Breastfeed' Anak Tanpa Izin