
MOSCOW: Polis Tokyo pada Isnin memulakan latihan keselamatan siber bertujuan menangani serangan perisian tebusan menjelang Sidang Kemuncak G7 yang dijadualkan pada Mei di Hiroshima, lapor Sputnik.
Sepanjang latihan itu, polis bersama syarikat swasta akan mengenal pasti senario penggodam menjejaskan sistem komputer syarikat dan menyulitkan data selain mengancam untuk mendedahkannya jika wang tebusan tidak dibayar, lapor Kyodo.
Selain itu peserta juga akan menyemak e-mel masing-masing yang mencurigakan dan mengkaji fail yang disimpan dalam rangkaian syarikat serta mengesahkan prosedur untuk bertukar maklumat dengan polis.
Latihan keselamatan siber itu akan berlangsung sehingga 9 Februari dengan penyertaan 550 orang dari 130 syarikat. -Bernama

