Tokyo Auto Salon KL 2024 kembali, dapatkan tiket diskaun!

LocalCars
2 Oct 2024 • 8:35 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Peminat JDM (Japanese Domestic Market) pasti teruja kerana Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur akan berlangsung untuk edisi 2024 selepas kejayaan edisi pertama yang diadakan dalam tahun 2023. Kali ini ia akan berlangsung pada 8 hingga 10 November 2024 di lokasi yang sama iaitu Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

image is not available

Untuk maklumat anda, edisi 2023 menyaksikan kehadiran 91,000 dengan penyertaan jenama seperti Subaru dan tetamu khas Smoky Nagata, pengasas Top Secret, yang menempa nama bila dia memandu sebuah Nissan GTR talaan khas pada kelajuan 300km/j di jalan raya awam UK.

TASKL 2024 sasarkan 120,000 pengunjung

CEO MUSE Group, Riduwan Matni, selaku penganjur bersama TASKL 2024 mensasarkan untuk dikunjungi lebih 120,000 pelawat dari serata tanah air termasuklah dari luar negara. Acara ini akan menjadi platform pemain industri automotif Malaysia dan juga ASEAN untuk pamerkan produk terbaharu mereka.

image is not available

Jenis tiket TASKL 2024

Buat yang berminat untuk mengunjungi TASKL 2024, tiket masuk sudahpun mula dijual. Ada pelbagai jenis kategori tiket boleh anda dapatkan berikut adalah senarai harganya:

  • Type R The Black Tag: RM1,528.00
  • Type R Adult: RM88.00
  • Type R Express Lane: RM108.00
  • Type R The VIP Pass / Day: RM178.00
  • Type R OKU Adult Pass / Day: RM58.00
  • Type R Adult 3 Days Pass: RM148.00
  • Type R Existing Ticket Upgrade: RM28.00
  • The Black Tag: RM1,500.00
  • Adult: RM60.00
  • Kids: RM30.00
  • Children: RM0.00
  • Express Lane: RM80.00
  • VIP Pass / Day: RM150.00
  • OKU Adult Pass / Day: RM30.00
  • OKU Kids Pass / Day: RM12.50
  • Adult 3 Day Pass: RM120.00
  • Kids 3 Day Pass: RM60.00

image is not available

Black Tag adalah tiket paling premium yang boleh didapatkan di TASKL 2024. Dengannya, anda beroleh:

  • akses penuh acara selama 3 hari
  • tempat letak kereta dengan servis valet
  • akses Black Tag Lounge dengan minuman tanpa had
  • cenderamata ekslusif (kain mikrofiber dan sarung tangan)
  • sesi ramah mesra dengan orang kenamaan
  • keutamaan dalam sesi lelongan kereta
  • ruang peribadi tanpa akses media

Tiket VIP pula bolehkan anda dapatkan akses kepada Ginza Lounge dan akses kepada laluan pantas di masuk dan akhir sekali tiket Express Lane berikan anda laluan pantas di pintu masuk.

image is not available

Guna kod SoyaCincau10 untuk diskaun tiket

Khas buat pembaca SoyaCincau.com / SoyaCincau BM. Jangan lupa untuk gunakan kod SoyaCincau10 untuk diskaun 10% ke atas tiket anda.

image is not available