Tol Percuma Di EKVE Bermula Esok Hingga 30 September – PM Anwar

LocalPolitics
29 Aug 2025 • 6:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tol Percuma Di EKVE Bermula Esok Hingga 30 September – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar mengumumkan pemberian tol percuma kepada pengguna Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) bermula jam 6 pagi esok sehingga 11.59 malam 30 Sept ini.

“Atas semangat kemerdekaan ini, saya umumkan tol percuma di mana-mana plaza tol EKVE selama 30 hari bermula 6 pagi esok,” kata beliau ketika merasmikan pembukaan EKVE Seksyen Satu di Plaza Tol Ampang di sini hari ini.

Lebuh raya EKVE Seksyen Satu sepanjang 24 kilometer itu, mempunyai empat persimpangan bertingkat iaitu di Sungai Long, Bandar Mahkota Cheras, Hulu Langat dan Ampang.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menggesa supaya pembinaan lebuh raya EKVE Seksyen Dua dipercepat tanpa sebarang kelewatan.

“Kesesakan sudah di tahap maksimum, kerana di Kuala Lumpur, di bandar-bandar ini kesesakannya luar biasa, jadi projek-projek itu (pembinaan lebuh raya), harus disegerakan, ikut jadual, walaupun, ia memakan belanja dan kos yang tinggi.

“Kita ini selain perbelanjaan paling tinggi untuk pendidikan dan kesihatan juga ialah Kerja Raya dan pengangkutan, kerana Malaysia ini sudah jadi destinasi pelancongan tinggi, maka keperluan itu bukan lagi untuk rakyat tempatan juga pelancong,” kata beliau.

Hadir sama ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Sumber: Bernama